Kelas Qiraati dan Kafa
KELAS QIRAATI & KAFA
PENGENALAN
UNTUK MURID 5 TAHUN – SEK. MEN.Diantara Kelebihan Kelas Ini :
- Pengajian Al-Quran Berkonsepkan Kaedah QIRAATI.
- Kelas Diasing Mengikut Tahap Pencapaian Individu.
- Penekanan Bacaan Bertajwid (Syarat Utama) Sebelum Membaca Al-Quran.
- Mempelajari Pelajaran BAHASA ARAB,TULISAN JAWI, TAJWID. FEKAH DAN TAUHID (Buku KAFA ,Dibawah Kelolaan Majlis Agama Islam P.Pinang).
- Menghafaz Doa Perbuatan Harian, & Surah-Surah Dalam Al-Quran.
- Solat Zohor / Asar / Isya Secara Berjemaah.
- Tenaga Pendidik Yang Telah Diberi Latihan Dan Kursus.
- Berusaha Mendidik Membentuk Peribadi Murid Agar Menjadi Insan Rabbani, Berilmu
Aktiviti Tahunan Seperti Lawatan, Kem Anak Soleh, Majlis Khatam Al-Quran & Majlis Bakat Anak Cemerlang.
• TAHAP PRA-QIRAATI
Kanak-kanak yang terdiri daripada berumur 5 tahun – 7 tahun yang mana matapelajarannya fokus kepada penulisan dan ejaan Asas Jawi, awal Bahasa Arab, Fekah dan bacaan Al-Quran kaedah Qiraati yang diajar secara individu. Hafazan doa-doa dan surah lazim turut menjadi salah satu subjek teras bagi tahap ini.
• TAHAP 1
Merangkumi murid-murid Darjah 2 hingga Darjah 4 yang mana matapelajarannya ialah subjek-subjek Feqah, Akhlak, Tauhid, Hafazan, Tilawah Al Quran, Bacaan Asas Jawi dan Bahasa Arab. Tambahan hafazan doa-doa dan surah lazim turut menjadi salah satu subjek teras bagi tahap ini.
• TAHAP 2
Merangkumi murid-murid yang dapat menguasai bacaan dan tulisan Jawi dengan baik, menguasai bacaan Al-Quran dengan lancar. Kelas ini akan diberi pernekanan yang serius dari segi bacaan Al-Quraan secara tartil berserta hukum Tajwid teori dan pratikal. Pengajaran subjek Fekah, Tauhid, Pendidikan Jawi, Bahasa Arab, Hafazan doa dan Al-Quran juga turut menjadi salah satu subjek teras bagi tahap ini.
MASA PENGAJIAN : Isnin – Jumaat
Sesi Petang : 2.30 – 4.30
4.30 – 6.30
Sesi Malam : 8.00 – 10.00
APA KATA IBUBAPA?
“ Kelas Qiraati Al Azhar adalah pilihan yang terbaik bagi ibubapa. Anak-anak yang mengikuti Kelas Qiraati ini lebih mudah difahami Al-Quran, hadis dan sebagainya. Ianya juga merangkumi semua yang berkaitan dengan fardhu ain- En. Mahfuz Ali“ Saya memilih K.Qiraati Al Azhar kerana cukup memuaskan terutamanyaa Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Ianya juga dilengkapi semua pembelajaran fardhu ain dan fardhu kifayah. “- Ishak B. TahirPAKEJ PERSEKOLAHAN
• Pengangkutan ke TADIKA & dari Sekolah Kebangsaan
• Kemudahan Taska & Transit
• Kemudahan Mengaji Qiraati/ Al-Quran
PENDAFTARAN UNTUK TAHUN 2011• Pengangkutan ke TADIKA & dari Sekolah Kebangsaan
• Kemudahan Taska & Transit
• Kemudahan Mengaji Qiraati/ Al-Quran
• Kemasukan ke KELAS QIRAATI & KAFA AL AZHAR dibuka sekarang.
• Coming soon untuk mendaftar secara online.