Pengenalan

Tadika Al Azhar Bestari ditubuhkan untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang cenderung menghantar anak mereka ke pra-sekolah yang menggabungkan pendidikan akademik dan agama.

Memberi pendidikan Islam yang terancang, teknik pembelajaran yang efektif, penuh intensif, berinovatif bersesuaian dan berteraskan Tauhid selaras dengan tuntutan Allah SWT.

Tadika Al Azhar Bestari di Teluk Kumbar telah ditubuhkan pada 1hb. Januari 2002 dan didaftarkan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang pada 20 Julai 2002 .

Penubuhan Tadika Al Azhar Bestari merupakan satu usaha murni di atas tanggungjawab sosial terhadap masyarakat yang sentiasa memerlukan kemudahan untuk pendidikan formal khususnya untuk kanak-kanak di peringkat Pra-sekolah dalam bidang yang menjurus kepada pendidikan Agama Islam yang mereka anuti.

Dengan menggunakan dan mengaplikasi sepenuhnya sistem dan kurikulum yang ditetapkan oleh Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan gabungan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIP), para pelajar diberi tunjuk ajar ke arah kecemerlangan dengan pengisian meliputi keilmuan dunia dan akhirat dan pada masa yang sama merealisasikan cita-cita dan hasrat untuk menjayakan sebuah insitusi pendidikan agama khususnya untuk peringkat rendah ( 6 hingga 12 tahun) di dalam kawasan Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Balik Pulau.

Kami memberikan perkhidmatan :





Tadika Al Azhar Bestari yang membawa konsep “one stop centre” yang memberi ibu bapa peluang untuk memilih jenis persekolahan anak-anak mereka dari peringkat penjagaan awal, tadika dan juga sekolah rendah.

Popular posts from this blog